<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d9124581396883405403\x26blogName\x3dTyka+Kuliah+Lagi\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kuliahmaneh.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3din\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kuliahmaneh.blogspot.com/\x26vt\x3d-2616515981519595337', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
my journey to finish the AKTA 4 program
> home
Assalamualaikum... Welcome to Tyka's blog!


  • Analisa Sementara
  • Rangkuman Teori Landasan Kependidikan
  • Landasan Kependidikan (4)
  • Landasan Kependidikan (3)
  • Landasan Kependidikan (2)
  • Landasan Kependidikan (1)


  • > monthly archives
    September 2007 | Februari 2008 | Mei 2008 |

    CTL part 1
    Kamis, 14 Februari 2008
    20.53

    PEMBELAJARAN AKTIF

    Saya dengar dan saya lupa,
    Saya lihat dan saya ingat,
    Saya buat dan saya faham.

    -Pepatah Cina

    Mengapa Kita Tidak Mengajar Dengan Kaedah Pelajar Belajar?

    Antara salah satu kaedah pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menimbulkan banyak minat di kalangan tenaga pengajar di IPT sejak kebelakangan ini adalah kaedah yang diistilahkan sebagai pembelajaran ‘aktif' dan pembelajaran ‘koperatif'. Chickering dan Gamson telah mengumpulkan hasil penyelidikan dan kertas kerja berkaitan pendidikan peringkat siswazah selama puluhan tahun dan menghasilkan tujuh prinsip amalan baik dalam pendidikan siswazah. Antara prinsip yang mereka ketengahkan adalah:

    Learning is not a spectator sport. Students do not learn much just sitting in classes listening to teachers, memorizing pre-packaged assignments and spitting out answers. They must talk about what they are learning, write about it, relate it to past experiences, and apply it to their daily lives. They must make what they learn part of themselves.

    Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak memahami dan tidak mempercayai keberkesanan kaedah pedagogi ini. Kajian menunjukkan masih ramai pengajar di IPT menggunakan pendekatan syarahan sebagai satu-satunya kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik-bilik kuliah. Antara punca-punca kritikan dan keengganan menggunakannya adalah kepercayaan bahawa pendekatan ini merupakan alternatif dan bukan kaedah yang dapat meningkatkan keberkesanan syarahan seseorang tenaga pengajar. Namun, untuk belajar secara berkesan pelajar harus melakukan lebih dari mendengar sahaja.( Lihat juga Rajah 1).

    Dengan menggunakan kaedah pembelajaran aktif bukan bermakna pengajar tidak perlu lagi memberi syarahan kerana syarahan masih merupakan satu kaedah yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Isu yang ingin diketengahkan disini adalah dengan menggunakan kaedah syarahan semata-mata akan menimbulkan masalah bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga pengajar. Terdapat banyak kajian yang membuktikan keberkesanan kaedah pembelajaran aktif seperti dinyatakan di bawah.

    Felder et. al telah membandingkan hasil keputusan peperiksaan kumpulan kajian iaitu kumpulan yang menggunakan kaedah pembelajaran aktif dengan kumpulan yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Kumpulan kajian didapati mengatasi kumpulan yang diperbandingkan dalam banyak perkara seperti bilangan bergraduan, tempoh graduan, dan penguasaan dalam beberapa kemahiran generic. Kaedah pedagogi ini boleh digunakan dalam sebarang kurikulum kejuruteraan di IPT kerana saiz kelas yang besar digunakan dan tiada bilik kuliah khas diperlukan.

    Analisis terhadap beberapa kajian keatas pendidikan siswazah dalam bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi (SMET) yang dilakukan oleh Springer et. al menunjukkan bahawa pelbagai bentuk pembelajaran dalam kumpulan kecil adalah berkesan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik, sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran dan meningkatkan kesungguhan dalam kursus dan program SMET. Analisis ini menyokong penggunaan secara meluas pembelajaran dalam kumpulan kecil dalam kursus-kursus SMET.

    Ruhl et al. mencadangkan agar setiap sesi kuliah diselitkan dengan aktiviti pembelajaran aktif yang pendek agar proses pembelajaran lebih berkesan dapat berlaku. Dalam kajian mereka pengajar memberhentikan syarahan mereka (12 hingga 18 minit) untuk selama dua minit sebanyak tiga kali dalam setiap kuliah. Ketika tempoh berhenti, pelajar secara berpasangan berbincang atau menyemak nota masing-masing dan tiada interaksi antara pengajar dan pelajar. Di akhir setiap kuliah pelajar diberikan tiga minit untuk menulis segala apa yang mereka ingati dari kuliah yang baru disampaikan. Satu kumpulan kawalan juga diberikan kuliah menggunakan bahan yang sama tetapi dengan kaedah tradisional. Kumpulan kajian didapati mendapat keputusan ujian yang lebih baik dengan magnitud perbezaan pencapaian antara kedua kumpulan agak besar Mereka menyimpulkan, if we talk six minutes less, students learn more.



    sumber: http://www.utem.edu.my/ppp/article.htm

    Label:


    |